Jumaat, 4 Oktober 2013

TAMAN NEGARA

TAMAN NEGARA PULAU PINANG


Taman Negara Pulau Pinang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang. Jarak perjalanan dari Kuala Lumpur adalah lebih kurang 375 km dan kira-kira 30 km dari Georgetown, Pulau Pinang. Taman Negara Pulau Pinang hanya menerima pelawat harian sahaja. Tiada kemudahan penginapan dan tapak perkemahan yang disediakan bagi mengurangkan impak terhadap kawasan tersebut. Perkemahan hanya dibenarkan kepada program pendidikan konservasi yang dijalankan oleh perkhidmatan Taman Negara untuk sekolah-sekolah, kolej dan pusat pengajian tinggi tempatan. Pelawat boleh menginap di hotel-hotel yang boleh didapati disekitar Batu Feringghi dan Teluk Bahang yang mana merupakan kawasan pelancongan yang dikenali ramai. Kawasan ini juga mempunyai rangkaian gerai-gerai makan, kedai-kedai runcit, cenderahati, pusat hiburan, klinik dan perkhidmatan pelancongan yang lain. 

 Tarikan semulajadi yang terdapat di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah Hutan Pamah dan Bukit Dipterokarp, kawasan Hutan Paya Bakau, habitat pantai berpasir, dan keunikan Tasik Meromiktik serta keindahan dirian tumbuhan Seraya yang merupakan persekitaran semulajadi Hutan Dipterokap Pantai yang boleh dilihat di lereng-lereng bukit di sekitar Muka Head. Terdapat lebih dari 1,000 spesies tumbuhan yang direkodkan di Taman Negara Pulau Pinang yang di dominasikan oleh family Dipterocarpaceae, Leguminoceae, Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae. Perjalanan ke sana Sekiranya memandu sendiri melalui Lebuhraya Utara Selatan, keluar di persimpangan Jambatan Pulau Pinang. Ikut jalan kearah Batu Feringghi dan terus ke Teluk Bahang. Pejabat Pentadbiran Taman Negara Pulau Pinang terletak di Jalan Hassan Abbas. Kenderaan awam boleh diperolehi di Terminal Feri/KOMTAR terus ke Teluk Bahang atau boleh menggunakan perkhidmatan teksi yang disediakan. 




 Pintu masuk utama Taman Negara Pulau Pinang terletak di Teluk Bahang manakala Pintu Masuk kedua terletak di Kuala Sungai Pinang di bahagian Balik Pulau. Kemudahan rekreasi untuk pelawat hanya boleh di dapati di Pantai Kerachut, Sungai/Teluk Tukun, Pasir pandak, Teluk Aling, Teluk Duyung dan Rumah Api Muka Head. Rentis semulajadi juga terdapat mengelilingi tasik meromiktik yang unik di kawasan Pantai Kerachut. Aktiviti Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan di Taman Negara Pulau Pinang termasuklah perkhemahan, pemerhatian hidupan liar, burung, merentasi titian kanopi, berenang, berkelah, pusat interpretasi, memancing, merentas hutan, mendaki bukit dan berkenu menyusuri hutan paya bakau. Bayaran Tiada bayaran masuk yang dikenakan tetapi pelawat perlu membayar bagi aktiviti merentasi titian kanopi iaitu RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.




1 ulasan:

  1. Baccarat: Rules, Casinos, Baccarat - FEBCasino
    The card game is played with two decks 바카라 of cards. Baccarat is one of the 메리트카지노 most popular variants in the US. 바카라사이트

    BalasPadam